Assalamualaikum...
arini aku rase malas nak karang panjang2 sangat, just nak share pasal solat kite...korang rase takat mane solat korang???...urmm..kite tak boleh la nak tentukan solat orang laen bagus atau tak kan....kite just boleh solat and penerimaan solat tu ditentukan oleh Tuhan sendiri...tidak sepatutnya kite menilai solat seseorang itu...tapi adakah solat wajib yang korang tunaikan 5kali sehari itu adalah yang terbaik???cube fikir2 kan...setakat mane korang serahkan diri pada ALLAH ketika solat,...ade tak time korang solat, terpikir pasal bf/gf.???..ade tak time solat, korang duk pikir masalah2 yang sedang dihadapi???...ade tak time solat, korang macam berkhayal or berimaginasi ke sesuatu yang lain???......mungkin kebanyakan kite alhamdulillah dapat menunaikan solat 5waktu secukupnya...tapi alangkah baiknya jika ketika solat itu,kite mnyerahkan diri kite kepada ALLAH s.w.t dengan spenuh jiwa....insyallah cubalah kite bersama2 solat dengan sebaik mungkin...banyak cara2 nak khusyuk dalam solat ni...antaranya memahami bacaan ketika solat...macam biasa,insyallah kalau ada masa n panjang umur,aku akan huraikan lebih panjang mengenai solat ni...banyak mende sebenarnya kite kene tahu mngenai solat ni...so,pada malam ni..aku akan share maksud or terjemahan bacaan kita ketika solat mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kite bersama untuk khusyuk dan insyallah seterusnya menunaikan solat yang berkualiti, yang penuh penghayatan ketika 'berhadapan' dengan ALLAH s.w.t...insyallah...
Doa Iftitah:
اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ ا.لمُسْلِمِيًن
“Allah maha besar lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik . sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku dari golongan orang Islam.”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
al-Fatihah:
| 1 | Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. | بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ |
| 2 | Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. | الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ |
| 3 | Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. | الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ |
| 4 | Yang menguasai di Hari Pembalasan | مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ |
| 5 | Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. | إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ |
| 6 | Tunjukilah kami jalan yang lurus, | اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ |
| 7 | (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. | صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ketika ruku' :
Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar بِحَمْدِهِ وَ ﭐﻟْﻌَﻅِﻴْﻡ ر سُبْحَان
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ketika bangkit dari ruku' :
Tuhan mendengar orang yang memujinya سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ketika i'tidal
Tuhanku kami, bagimu puji-pujian رَبَّنَا وَ لَكَ اْلحَمْدُ
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Doa Qunut(solat subuh) :
Ya Allah tunjukilah aku bersama orang yang َ هَدِيْت فِيْمَن اهْدِنِيْ ﭐللَّهُمَّ
telah Engkau tunjuki.
dan afiatkanlah aku bersama orang yang عَافََيْتَ ْ فِيْمَن ْعَافِنِي وَ
telah Engkau afiatkan.
dan pimpinkanlah aku bersama orang yang تَوَلَّيْتَ فِيْمَنْ تَوَلَّنِيْ و
telah Engkau pimpinkan.
dan berkatilah aku pada apa-apa yang telah أعْطَيْتَ فِيْمَا لِيْ بَارك وَ
Engkau berikan.
dan peliharalah aku dari kejahatan perkara- قََضَيْتَ مَا شَرَّ قِنِيْ و
perkara yang telah Engkau qadzakan.
Maka sesungguhnya Engkau yang menghukum, عَلَيْكَ يُقْضَىٰ لاَ وَ تَقْضِيْ ﻓﺈنَّك
dan bukan Engkau yang dihukum.
Dan sesungguhnya tidak akan terhina orang وَ ﺇنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتََ
yang telah Engkau pimpin.
Dan tidak akan mulia orang yang telah وَ لاَ يَعِزُّ مَنْ ﻋَﺎﺩََيْت َ
Engkau musuhi.
Maha Berkat Engkau wahai Tuhan kami تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَ تَعَالَيْتَ
dan Maha Tinggi Engkau.
Dan bagiMu pujian diatas apa yang فَلَكَ ﭐﻟْحَمْدُ عَلىَ مَا قَضَيْتَ
Engkau qadzakan.
Dan minta ampun aku kepada Engkau وَ أسْتَغْفِرُكَ وَ أتُوْبُ ﺇلَيْكَ
dan taubat aku kepada Engkau.
Dan sejahterakan junjungan kami وَ صَلَّى ﭐللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya وَعَلىَ ﺁلِهِ و صَحْبِهِ و سَلَّمَ
serta sahabat-sahabat baginda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ketika sujud :Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi بِحَمْدِه وَ ﭐﻷعْلىَٰ رَﺑِّﻲ سُبْحَانَ
dan dengan pujiannya
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ketika duduk di antara dua sujud:
wahai Tuhanku ربّ
ampunilah aku اغفر لي
rahmatkanlah aku وارحمني
cukupkanlah aku واجبر ني
angkatlah darjat aku وارفعني
berikanlah rezeki kepadaku وارز قني
pimpinkanlah aku واهدني
'afiatkanlah aku وعافني
dan maafkanlah atas(kesalahan) daku. واعف عنيّ
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ketika tahiyyat(awal&akhir):
segala penghormatan, segala keberkatan, ٱلتحيات ﭐلمباركات ﭐلصلوات ﭐلطيبات لله
segala doa, segala kebaikan itu adalah
keupayaan Allah
sejahteralah engkau wahai Nabi, begitu بركاته و ﭐلله رحمة و ﭐلنبِي أيها عليك ﭐلسلام
juga rahmat Allah dan keberkatanNya.
sejahteralah kami dan hamba Allah yang ﭐلسلام علينا وعلى عباد ﭐلله ﭐلصالحين
baik-baik.
aku mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah. ﭐلله ﺇلا ﺇلٰه ﻵ أن أشهد
dan aku mengaku bahawa Muhammad itu وأشهد أن محمدا رسول ﭐلله
adalah Pesuruh Allah
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas ﭐللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّد
Nabi Muhammad dan seluruh keluarga Nabi وعَلَىٰ ﺁ ل مُحَمَّدٍ
Muhammad.
sebagaimana yang Engkau telah anugerahkan كَمَا صَلَّيْتَ عَلَىٰ ﺇبْرَاهِيْمَ
kesejahteraan atas Ibrahim dan seluruh ﺇبْرَاهِيْم ﺁ ل عَلَىٰ وَ
keluarga Ibrahim.
dan berkatilah Nabi Muhammad dan seluruh و بَار ِكْ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ
keluarga Nabi Muhammad وَعَلَىٰ ﺁ ل ِمُحَمَّدٍ
sebagaimana Engkau telah berkati Ibrahim كَمَا بَارَكْتَ عَلَىٰ ﺇبْرَاهِيْم
dan seluruh keluarga Ibrahim. ﺇبْرَاهِيْم ﺁ ل عَلَىٰ و
di dalam alam semesta ini, hanya Engkau فِى ﭐﻠْﻌَﺎﻠَﻤِﻴْﻥ
sahajalah yang paling terpuji dan yang paling مَجِيْد ٌحَمِيْد ﺇنَّكَ
mulia.
-