Thursday, March 22, 2012

stress???

assalamualaikum...

setiap hari...ada je cabaran yang buat kita 'down', yang buat kita lemah semangat, yang buat kita putus asa kan??...kita sering mengeluh dengan segala halangan tu...tp patutkah kita biarkan semua tu patahkan harapan, tujuan, misi kehiduan seharian kita???...



tidak sepatutnya kita berputus asa...setiap apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya...ingatlah kawan-kawanku...Tuhan berikan kita kesenangan agar segala perjalanan hidup kita menjadi lebih mudah, tapi Tuhan juga beri kita kesusahan,atau lebih baik di ertikan sebagai ujian agar kita tingkatkan usaha dan menjadi lebih3 baik...bukan Tuhan sengaja membiarkan kita berada dalam kesusahan....kita perlu setkan dalam minda kita...di sebalik kesusahan sebenarnya ada sesuatu yang mungkin memberi kemudahan or kelapangan pada kita suatu hari nanti...cuma kita perlu menilai,kita perlu mencari iktibar dan faedah yang terkandung dalam ujian itu...dekatkan diri kita dengan Allah s.w.t..insyaallah segalanya akan menjadi lebih baik.

di bawah ni saya ada share sedikit doa, bacaan yang mungkin dapat membantu kawan-kawan menenangkan jiwa...banyak lagi cara untuk menenangkan hati...dengan izin Allah, saya akan kongsikan lagi..(^_^)



amalkan kawan2 ku...
mane2 yang stress study or stress pape la...
tak tenang hati ke....cube amalkan ayat ni sbagai zikir...>>>>
insyaallah hati kite akan tenang.... 

حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ


"cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dialah sebaik-baik pengurus."


surah Ali-Imran:173



selain tu,boleh jugak klu kite amalkan surah Asy Syarh...yang mane insyaallah, dapat melapangkan dada kita dan memberi ketenangan pada hati kita...




sme2 kite amalkan deh...(^_^)
diri ini memberi pesanan buat mu dan buat dri ku juga...

assalamualaikum
 

Wednesday, March 21, 2012

...tiga ikatan syaitan.....

assalamualaikum...kt cni,dri ku ini nk share ckit..

Tiga Ikatan Syaitan Semasa Tidur Anak Adam
Dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah s.a.w bersabda:

“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.”
(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih).

..........................................................................................................
kite slalu mlengkapkn wktu solat kite...zhor,asar,maghrib,isyak pas2 tup2 'SUBUH' sngkut....dri ini pun,tidk la sempurna,dlu slalu jugk sbuh kul8pg,9pg=P...tp alhamdulillah xbuat da perangai g2...ap y kita ptut lakukan adlah amalkan seprti apa yg d sarankn oleh rasulullah dlm hadis kt ats ni....insyaallah snang bngun....y mula2,msa nk bngun 2 susah...kdg2 kite sedar,tp rsa berat ja,btui dak???"bru kui6,awai lg,tdoq ckit ag...haaaa,tudia3...tu y silap 2...klu boleh,klu da sedar 2,terus pikir kn Allah..btakbir.bertahmid,btasbih ckit...biar cerah mata 2...pah2 p amek air smyg,smyg subuh,pas smyg baca la wirid ckit n bzikir ckit ag pah2 doa...insyaallah sma2 kita amalkn...jgn biar kn dri kita hnyut stiap pg k kwn2....

sme2 kite amalkan deh...(^_^)
dri ini memberi pesanan buat mu dan buat dri ku juga...

sebelum tdo...mak ayah kite slalu pesan baca doa..(^_^)

...Daripada Huzaifah dan Abu Zar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW apabila baginda berada di tempat tidurnya baginda membaca :


“ باسْمِكَ اللَّهُمَّ أحْيا وأمُوت”


“Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati” (HR Bukhari)


sebelum tdo...bertakbirlah 33 kali, bertasbih 33 kali dan bertahmid 33 kali.

Dalam riwayat lain : “Bertasbih 34 kali”. Dalam riwayat lain : “Bertakbir 34 kali”. Ali berkata : “Sejak kami mendengar pesanan Rasulullah SAW itu, kami tidak pernah meninggalkannya”.

Orang bertanya : “Walaupun ketika malam perang Siffin?” Ali menjawab : “Ya, walau malam perang Siffin, kami tidak meninggalkan bacaan zikir itu”. (HR Bukhari & Muslim)

(^_^)...sme2 kite amalkan...dri ini memberi pesanan buat mu dan buat dri ku juga...

assalamualaikum